Guestbook | Login | 8 active visitors
Guestbook
 1. Tahniah
[21/08/2010 23:48 - Kariah]

Assalaamualaikum. Tahniah diatas penyediaan ICT di Masjid.

Admin. Terima kasih. Moga jemaah mendapat munafaat daripadanya.

 2. En
[14/07/2010 08:16 - pendatangbarumeru]
Assalamualaikum. Tahniah kerana telah menyempurnakan sistem wifi di MAS. Cumanya ada masalah untuk saya akses melalui PDA apabila tidak boleh klik pada button continue. Diharapkan ada alternatif lain untuk pengguna PDA. sekian terima kasih.

Admin : Tuan ada alternatif lain dgn mengguna kios internet yg telah disediakan dibelakang dewan solat utama. Tuan hanya tekan keyboard atau mouse seperti panduan yang dipamerkan. Selamat menggunakan.

 3. "Shout Box"
[01/07/2010 17:06 - Syabab]

Kepada Webmaster. Saya mencadangkan supaya web ini mempunyai "Shout Box" agar lebih menarik. http://www.ourscripts.net/

Admin : Kami akan cuba fikir cadangan akhi.

 4. Sokong & Pandangan
[23/06/2010 08:50 - Syabab]

Salamm.. Menyokong saranan 'ayah74' supaya memasang signboard niat dan doa berwudhu di semua tempat mengambil wudhu. Semoga para jemaah dapat bertahan dengan hawa panas di ruang solat utama didalam masjid. galakan para jemaah untuk memakai pakaian solat dari fabrik yg sejuk seperti kapas. Jika memasang penghawa dingin melibatkan kos yg mahal cubalah alternatif lain seperti memasang 'ventilator fan'. Semoga Allah memberikan kenikmatan yg dingin di akhirat kelak jika kita ikhlas menghadiri masjlis ilmu dalam suhu yg panas sementara di dunia Insyallah.

Admin : Terima kasih atas cadangan dan sokongan anda.

 

 5. Bilik wudhuk
[19/06/2010 16:17 - ayah74]
Salam, tuan, cadangan saya:- 1) Letak singboard- cara wudhuk sempurna/niat/doa selepas nya. 2) Lantai bilik wudhuk agak kotor- terutama ketika waktu puncak. Option1:- Ubah suai pintu masuk/keluar bilik wudhuk- letakkan pili air utk cuci kaki sebelum masuk dan ketika keluar bilik. Option 2:-Bekalkan selipar dlm bilik tersebuk.(Kekadang timbul was-was- lihat kesan hitam tapak kaki dan keadaan licin/berlendir lantai) 3. Letakkan liquid soap dispenser- didlm bilik wudhuk & toilet- utk kegunaan jemaah yg memerlukan utk mencuci kotoran dianggota wudhuk.

Admin : Terima kasih teguran dan pandangan puan. Saya akan ajukan dgn email biro berkenaan.

 6. Pembelajaran Al-Quran
[18/06/2010 23:42 - Awi Ganu]
Lafaz Salam, saya ingin bertanya ada tak kelas pembelajaran Al-Quran untuk orang dewasa. Kalau tak ada saya mencadangkan agar Masjid mengadakannya kerana saya percaya ramai orang dewasa yang tak tahu membaca Al-Quran dan ingin belajar tetapi malu dengan faktor usia. Di sini saya melihat Masjid As-Syarif adalah platform terbaik untuk kelas ini disamping aktiviti-aktiviti yang sedia ada. terima kasih..lafaz salam..

Admin : Kelas belajar al quran beserta tajwid dan makhraj huruf telah lama diadakan. khamis malam jumaat, ahad malam isnin dan hari-hari lain (rujuk biro pendidikkan).

 7. kelas muslimat
[17/06/2010 00:04 - ummuizzah]
jadual kelas muslimat nak dptkan dgn siapa?

admin: Sila dapatkan di ruangan kiri kolum atau klik disini untuk muat turun
 

 8. Rakam Ceramah
[03/06/2010 10:47 - s9e]

Assalamualaikum, Saya ingin mencadangkan supaya semua sesi ceramah dan kuliah di Masjid As-Syarif dapat dirakamkan secara digital (MP3), kemudian di upload ke "file sharing server" seperti mediafire. Ini untuk memastikan supaya "knowledge preservation" dapat dilakukan dan ceramah itu dapat di akses oleh bukan sahaja yang hadir tapi juga oleh sesiapa sahaja yang "missed" untuk hadir program kuliah atas apa-apa sebab. Saya yakin dgn cara ini capaian ilmu akan dapat dilakukan dengan lebih jauh lagi terutama oleh muslimat yg kebanyakannya sibuk menguruskan rumah dan tidak dapat hadir. Penceramah2 yang disediakan adalah hebat-hebat belaka tapi ceramahnya hilang bila majlis berakhir.

Admin : Terima kasih atas cadangan yang baik. Rakaman MP3 telah dibuat olih Biro Dakwah pada beberapa sesi kuliah magrib. Buat masa ini dlm proses utk memasukan dlm web. Utk jemaah download insyaAllah akan dilaksanakan. Cuma sedang mencari satu server utk play terus yang laju.

 

 9. cadangan
[31/05/2010 10:48 - anak meru]
Assalammu'alaikum 1 - Sy setuju dgn cadangan saudara eeman hero berkenaan kabinet simpan Al Quran.Al Quran ni lbh sesuai jika diletak ditiang2 & dinding2 mcm kat Mekah/Madinah utk kemudahan jemaah. 2 - Mungkin pihak masjid patut menyediakan 1 bilik rehat utk kegunaan penceramah luar utk berehat,supaya penceramah dpt cukup rehat & membersihkan diri.Wassalam

Admin : Terima kasih atas prihatin saudara. Saya akan email cadangan saudara kpd Biro Pembangunan, Setiausaha dan Nazir.

 10. cadangan
[23/05/2010 12:26 - anak meru]
Assalammualaikum saya rasa ada baiknya jika kemera dan sepasang skrin digunakan ketika kuliah berlangsung,supaya jemaah dapat melihat muka ustaz dgn jelas.Berkenaan sistem audio, dlm dewan solat kurang jelas berbanding yg ada dimenara.Wassalam.

Admin: kami sebenarnya dalam proses untuk memaparkan penceramah di skrin projektor, tetapi mempunyai beberapa masalah berhubung audio visual (AV) peningkatan kualiti video. Jika jemaah mempunyai kepakaran dalam AV, di harap dapat menhubungi pihak biro ICT untuk memberi pandagan dan penyelesaian dalam hal berkaitan.

Page:  1 2 3 4 5 NEXT

 Sign the guestbook
 Author(*):
 Email (*) :
 Title (*) :
 Message (*) :

Enter the code exactly as you see it in the image below