Guestbook | Login | 6 active visitors
KEMUDAHAN > ICT (MULTIMEDIA)

 ASY SYARIF SISTEM SMS




Sistem ini membolehkan jemaah mendapat informasi berkaitan masjid seperti kuliah, program dan aktiviti yang dijalankan melalui sms.
Jemaah perlu mendaftar terlebih dahulu samada melalui e-borang atau manual borang.

E-borang boleh didapati di website masjid manakala manual borang boleh di dapati di pejabat atau di peti informasi bahagian pintu hadapan masjid.

Pendaftaran melalu e-borang sila klik sini
 


 LCD TV Plasma


kemudahan ini di gunakan untuk paparan aktiviti-aktiviti serta program-program masjid asy syarif dengan kata lain sebagai tempat iklan atau e-board yang mengandungi informasi-informasi terkini


 ASY SYARIF WIFI ZONE


Kemudahan ini membolehkan jemaah melayari internet dengan kawalan daripada pihak Biro ICT Asy Syarif. Sistem ini menggunakan web server sebagai platform dimana jemaah yg ingin menggunakan kemudahan ini perlu melalui proses "Authentication" untuk melayari internet. Pengggunaan internet juga mempunyai sistem firewall dan network monitoring untuk mengelakkan kemudahan ini disalahguna.


 IP CAMERA



Kemudahan ini digunakan untuk  memaparkan penceramah di skrin melalui projektor dan juga boleh digunakan sebagai CCTV. Selain itu, ia turut di gunakan untuk merakam ceramah untuk di upload dalam website asy syarif. Akan datang, Insyallah, Live Streaming akan dibangunkan menggunakan kemudahan ini.



 PROJEKTOR


Kemudahan ini disediakan di dewan solat dan juga di dewan hambali. Kemudahan ini di gunakan untuk khutbah jumaat, paparan penceramah, dan juga program program Masjid Asy Syarif


Page:  1 2 NEXT

Archive
  •